Sunday, December 4, 2011

Visit Melaka Map

Map.jpg (4365×2757):





'via Blog this'

sponsore by: hubhalal.comMalaysian Halal Products

Monday, November 28, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Berita Harian Online | ROSAT jatuh di Asia Tenggara

Berita Harian Online | ROSAT jatuh di Asia Tenggara

ROSAT jatuh di Asia Tenggara


2011/10/24

BERLIN: Satelit penyelidikan Jerman, ROSAT yang tidak lagi berfungsi terhempas di Asia Tenggara awal pagi tadi, menurut seorang saintis Amerika Syarikat, tetapi tiada seorang pun yang pasti di mana.

Menurut Pusat Aeroangkasa Jerman, kebanyakan bahagian satelit sebesar van mini itu dijangka hangus apabila memasuki atmosfera pada kelajuan sehingga 450 kilometer sejam tetapi kira-kira 30 serpihan seberat 1.7 tan metrik mungkin selamat dan terhempas.
Jonathan McDowell dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics di Cambridge, Massachusetts, berkata satelit berkenaan mungkin jatuh di Asia Tenggara.
Katanya, dua bandaraya China dengan jutaan penduduk iaitu Chongqing dan Chengdu, berada di laluan satelit itu sewaktu kemasukan semula.

“Tetapi jika ia jatuh di kawasan berpenduduk, sudah tentu kita sudah memperoleh laporan sekarang," katanya.

Pengiraan berdasarkan data tentera AS menunjukkan serpihan satelit itu mungkin terhempas di Lautan Hindi di timur Sri Lanka atau di Laut Andaman di luar pantai Myanmar atau di pedalaman Myanmar atau China. - AP


Komuniti Blogger JBwww.johor.blogspot.com

Monday, October 24, 2011

Hotel terdalam bawah tanah di Sweden

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

Hotel terdalam bawah tanah di Sweden


Sala Silvermine di Sweden yang terletak 155 meter di bawah tanah kini dijadikan hotel. - AGENSI


STOCKHOLM 23 Okt. - Sebuah hotel terletak paling dalam di bawah tanah di dunia dibina di wilayah Västmanland, Sweden.

Hotel terletak 155 meter di bawah tanah itu pada asalnya adalah sebuah lombong perak dikenali sebagai Sala Silver Mine yang beroperasi sehingga 1908.

Namun, ia kini telah diubah suai dan menempatkan sebuah muzium, panggung wayang, dua bilik makan yang penuh dengan hiasan dan sebuah hotel.

Pelanggan hotel akan dibawa melawat kemudahan yang disediakan sebelum ditinggalkan bersendirian di waktu malam. Penjaga hotel akan berada di atas tanah.

Hotel itu tidak mempunyai tandas dan pengunjung perlu ke paras dalaman 50 meter di bawah tanah jika mahu membuang air di waktu malam.

Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk semalam ialah AS$580 (RM1,825). - AGENSI


'via Blog this'

Info Gallery: 7 Benda Ajaib di Dunia

Info Gallery: 7 Benda Ajaib di Dunia:

7 Benda Ajaib di Dunia

18 February 2010










Gambar-gambar di atas merupakan benda-benda ajaib di dunia yang telah memenangi tangga teratas sebagai 7 benda ajaib di dunia.

Sebanyak 21 benda ajaib di dunia, dan hanya 7 benda sahaja yang telah dipilih. Antaranya adalah seperti gambar-gambar di atas.

Kesemua undian undian ini ditetapkan oleh LISBON OFFICIAL DECLARATION OF THE NEW 7 WONDERS OF THE WORLD.

Menyenarai baru 7 benda ajaib setelah pelbagai penemuan baru diseluruh dunia yang boleh dianggap sebagai benda ajaib dunia. Banyak benda yang perlu di kaji sebelum ianya boleh dikategorikan sebagai 7 benda ajaib dunia.

Taj Mahal masih lagi menjadi sesuatu yang menakjubkan, diikuti dengan tembok besar China, Bangunan Petra, Patung besar Christ, Machu Picchu Peru, Piramid & Collesium..


'via Blog this'

Info Gallery: Satelit rosak jatuh ke bumi

Info Gallery: Satelit rosak jatuh ke bumi:

Satelit rosak jatuh ke bumi

24 October 2011

Gambar tidak bertarikh dikeluarkan EADS Astrum menunjukkan satelit penyelidikan saintifik ROSAT yang dilancarkan pada 1990.

BERLIN: Sebuah satelit yang tidak lagi berfungsi dilaporkan memasuki atmosfera awal pagi semalam dan serpihannya dijangka jatuh ke bumi, lapor Pusat Aerospace Jerman.
Jurucakap agensi berkenaan, Andreas Schuetz berkata tiada sebarang bukti jelas untuk menentukan di negara atau benua mana satelit penyelidikan saintifik ROSAT itu akan jatuh.

Kebanyakan bahagian satelit bersaiz van mini itu dijangka terbakar ketika menghampiri bumi tetapi lebih 30 serpihan seberat 1.7 tan boleh terhempas apabila menuju ke bumi pada kelajuan lebih 450 kilometer sejam.

“Saintis tidak lagi dapat berkomunikasi dengan satelit yang sudah ‘mati’ itu dan ia perlu mengembara kira-kira 20,000 kilometer dalam tempoh 30 minit terakhir sebelum memasuki atmosfera,” kata Schuetz. “Pakar menanti perkembangan lanjut untuk ‘pemantauan dari seluruh dunia,” katanya.

Saintis berkata beberapa jam sebelum memasuki semula ruang atmosfera satelit terbabit dijangka tidak jatuh di Eropah, Afrika atau Australia. Sebaliknya berdasarkan laluan perkiraan awal, ia mungkin terhempas di sekitar Asia, kemungkinan China ketika memasuki semula ruang atmosfera. Bagaimanapun Schuetz berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada satelit terbabit sebenarnya memasuki kawasan yang dinyatakan.

Satelit saintifik ROSAT seberat 2.4 tan itu dilancarkan pada 1990 dan tidak lagi beroperasi pada 1999 selepas digunakan untuk penyelidikan lubang hitam dan bintang neutron selain melakukan kajian sumber X-ray pertama di langit menggunakan imej teleskop. Rangka tunggal terbesar ROSAT yang boleh berlanggar dengan bumi adalah cermin tahan panas teleskopnya.

Agensi berkenaan menyatakan, ketika misinya, satelit itu berada pada kedudukan orbit kira-kira 600 kilometer di atas permukaan bumi tetapi sejak tidak lagi digunakan ia kehilangan altitud, berlegar pada kelajuan hanya 330 kilometer di atas bumi pada Jun. Malah, ketika hari-hari terakhirnya, satelit itu masih lagi berlegar setiap 90 minit mengelilingi planet, menjadikan sukar untuk diramalkan di mana sebenarnya ia akan mendarat di bumi.

Sebuah satelit mati NASA dilaporkan jatuh ke selatan Lautan Pasifik bulan lalu, tidak menyebabkan sebarang kemusnahan walaupun dibimbangi akan terkena penduduk di kawasan terbabit dan menyebabkan kecederaan atau kematian manusia. Pakar percaya bahawa kira-kira 24 kepingan serpihan besi dari satelit bersaiz bas itu akan jatuh kira-kira 800 kilometer jauh dari kawasan yang diduduki di dunia.

Satelit penyelidikan iklim NASA memasuki atmosfera Bumi secara umumnya di Samoa Amerika, bagaimanapun, serpihannya yang jatuh, tidak mengenai air kira-kira 480 kilometer ke timur laut, Pulau Krismas. – Agensi

kredit : bharian.com.my

'via Blog this'

JohorToday

JB Search

Custom Search