Sunday, January 15, 2012
Komuniti Blogger Johor Bahru: The Colors of Iskandar Malaysia - Photography Contest RM22,500 Award
'via Blog this'
JohorToday
Sunday, December 4, 2011
Wednesday, November 30, 2011
Monday, November 28, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Berita Harian Online | ROSAT jatuh di Asia Tenggara
ROSAT jatuh di Asia Tenggara
2011/10/24
BERLIN: Satelit penyelidikan Jerman, ROSAT yang tidak lagi berfungsi terhempas di Asia Tenggara awal pagi tadi, menurut seorang saintis Amerika Syarikat, tetapi tiada seorang pun yang pasti di mana.Menurut Pusat Aeroangkasa Jerman, kebanyakan bahagian satelit sebesar van mini itu dijangka hangus apabila memasuki atmosfera pada kelajuan sehingga 450 kilometer sejam tetapi kira-kira 30 serpihan seberat 1.7 tan metrik mungkin selamat dan terhempas.Jonathan McDowell dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics di Cambridge, Massachusetts, berkata satelit berkenaan mungkin jatuh di Asia Tenggara.Katanya, dua bandaraya China dengan jutaan penduduk iaitu Chongqing dan Chengdu, berada di laluan satelit itu sewaktu kemasukan semula.
“Tetapi jika ia jatuh di kawasan berpenduduk, sudah tentu kita sudah memperoleh laporan sekarang," katanya.
Pengiraan berdasarkan data tentera AS menunjukkan serpihan satelit itu mungkin terhempas di Lautan Hindi di timur Sri Lanka atau di Laut Andaman di luar pantai Myanmar atau di pedalaman Myanmar atau China. - AP
Komuniti Blogger JBwww.johor.blogspot.com
Monday, October 24, 2011
Hotel terdalam bawah tanah di Sweden
Hotel terdalam bawah tanah di Sweden
STOCKHOLM 23 Okt. - Sebuah hotel terletak paling dalam di bawah tanah di dunia dibina di wilayah Västmanland, Sweden.
Hotel terletak 155 meter di bawah tanah itu pada asalnya adalah sebuah lombong perak dikenali sebagai Sala Silver Mine yang beroperasi sehingga 1908.
Namun, ia kini telah diubah suai dan menempatkan sebuah muzium, panggung wayang, dua bilik makan yang penuh dengan hiasan dan sebuah hotel.
Pelanggan hotel akan dibawa melawat kemudahan yang disediakan sebelum ditinggalkan bersendirian di waktu malam. Penjaga hotel akan berada di atas tanah.
Hotel itu tidak mempunyai tandas dan pengunjung perlu ke paras dalaman 50 meter di bawah tanah jika mahu membuang air di waktu malam.
Bayaran untuk menginap di hotel ini untuk semalam ialah AS$580 (RM1,825). - AGENSI
'via Blog this'